Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 3-May-2008 18:48 Email | Share | | Bookmark

serai
selasih
kangkung
View all 9 photos...


Ini rumah yg kami duduk sekarang.



Kami ada buat kebun kecil di kawasan lapang berhampiran rumah ni.
Tanah yg kami gunakan di ambil dari tepi sg. nile... subur... tak payah baja pun.
Benih sayuran kami bawa dari m'sia.
Kami tanam serai, lengkuas, bayam, kangkung dan mcm2 lagi.
Walau pun tak sesubur dan tak secantik sayuran di m'sia...
Alhamdulillah... menjadi...dpt lah kami makan sayur2an ni.
Hasilnya boleh tahan.
Dapat juga kami memberi rakan2 yang lain.
Tapi sekarang ni kami dah tak tanam lagi, cuma ada pokok2 yg tinggal dan masih hidup saja.
Gambar2 ni cuma tinggal kenangan.







Tak lama lagi kami akan berpindah ke bangunan baru yg di sediakan utk kami.
Harap2 kami dapat menanam sayur2an seperti ni lagi di rumah baru kami nanti...Insyaallah..




Friday, 2-May-2008 11:44 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Semalam kakak pergi tadarus, anak2 ada party kat sekolah.
Balik...masing2 dah kenyang.
So.....ptg tu kakak masak je sup ayam sempoi utk makan petang/malam.



Sup Ayam

Bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil2)
1tsp ketumbar
1/2tsp jintan manis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
1 sup bunjut
sedikit minyak utk menumis
air
1 kpg asam keping
daun sup & daun bawang
bawang goreng

Cara
1. Tumbuk ketumbar, jintan manis, bawang besar dan bawang putih.
2. Masuk halia dan tumbuk sikit.
3. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Masukkan bahan2 yg di tumbuk, tumis sampai wangi.
5. Tambah air, biar mendidih.
6. Masukkan ayam, sup bunjut dan asam keping.
7. Biar sampai ayam masak.
8. Masuk daun sup dan daun bawang.
9. Utk menghidang taburkan sedikit bawang goreng

Hari ni anak2 dan husband cuti.
Utk sarapan kakak masak mee sup lada hitam.
Kalau hari sekolah kakak tak masak masakan yg berkuah mcm ni.
Susah anak2 nak bawak bekal nnt.



Mee Sup Lada Hitam

Bahan
Mee kuning (kakak guna spagetti)
Sayur sawi (kakak guna chinese cabbage)
Tahu
Udang
Lada hitam
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Garam
Jus limau nipis (jika suka)
Minyak utk menumis

Cara
1. Tumbuk lada hitam, bawang besar dan bawang putih.
2. Tambah udang kering, tumbuk lagi.
3. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg ditumbuk.
4. Masukkan udang, tahu dan sayur.
5. Tambah air.
6. Kuah sedia utk di hidang bersama mee.

Masak lagi...
Kali ni utk makan tengahari pulak.
Kakak masak kari ikan.
Utk tambahan kakak sediakan ulam dan sambal tokok.





Kari Ikan

400g ikan (ikan apa2 pun boleh)
2 pkt rempah kari ikan
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 tsp halba campur
sedikit daun kari
1 biji tomato
1 biji terung
air asam jawa
garam
minyak

Cara
1. Kisar bawang besar dan bawang putih
2. Panaskan minyak. Masukkan halba campur.
3. Masukkan bahan kisar. Kacau hingga wangi.
4. Tambah rempah kari dan kacau lagi.
5. Masukkan tomato dan terung.
6. Tambah air asam jawa, biar hingga mendidih.
7. Masukkan ikan dan garam secukup rasa.
8. Biar hingga ikan masak.
9. Sedia utk di hidang

Ulam2 yg kakak sediakan cuma timun dan salad.
Itu je yg ada. Kat sini mana lah nak cari ulam raja, pucuk pegaga.



Kalau ada ulam mesti lah ada sambalnya kan.
Jadi kakak buat lah sambal tokok.
Sambal org malas kata arwah mak kakak.
Tapi kali ni rajin sikit.



Sambal Tokok

Bahan
Ikan bilis (basuh dan di sangai - goreng tanpa minyak)
Cili api (di celur sekejap)
garam
limau nipis.

Cara
1. Tumbuk cili api tapi jangan sampai lumat.
2. Masukkan ikan bilis tumbuk sedikit.
3. Tambah garam dan jus limau nipis.
4. Siap utk di hidang.


Friday, 2-May-2008 08:25 Email | Share | | Bookmark

 
 


Dah 2 hari tak update fp ni....tak sempat.
Rabu lepas...buka fp hanieliza.. terus jatuh hati ngan kuih bakar nya.
Salin resepi...Terus buat lepas tu.
Ha.....amacam sama tak....menjadi.....t kasih byk2 liza.





Tuesday, 29-Apr-2008 21:02 Email | Share | | Bookmark

 
 


Hari ni masak rendang daging, sayur dan nasi putih je.





Resepi.... nanti ye kakak bagi.

Semalam tak sempat, ni baru nak edit.

Rendang Daging

Bahan
500g daging (potong kecil2)
1cawan santan pekat (kakak guna santan dlm kotak 200ml)
1 helai daun kunyit
1kpg asam keping
kerisik (kakak guna kerisik segera)
sedikit minyak
garam

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
2 btg serai
sedikit lengkuas
sedikit kunyit hidup (kakak guna kunyit serbuk)

Cara
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan daging kacau2 sekejap.
3. Tambah bahan kisar dan daun kunyit.
4. Kacau lagi.
5. Masukkan santan dan asam keping.
6. Masak hingga kuah pekat.
7. Masukkan kerisik dan garam.
8. Masak lagi hingga kuah betut2 pekat.
9. Siap utk di hidang.


Monday, 28-Apr-2008 20:55 Email | Share | | Bookmark

Roti Cheese Bersalut Telur
Roti Cheese Bersalut Telur






Menu sarapan pagi.
Resepi tak ade, kakak buat je ikut kesukaan anak2.
Idea buat roti ni dari rancangan tv yg kakak minat.....bbc food.
Macam mana pun kakak bagitau bahan dan cara membuatnya.

Roti Cheese Bersalut Telur (nama ni kakak suka2 bagi je)

Bahan
Roti sandwich
Cheese (yg nipis segiempat tu)
Telur
Susu segar
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak dan butter utk menggoreng.

Cara
Pukul telur bersama sedikit susu segar.
Tambah garam dan serbuk lada hitam.
Potong/buang tepi roti.
Letak cheese diantara dua keping roti.
Celupkan kedalam telur tadi.
Goreng diatas kuali leper dgn sedikit minyak dan butter.
Goreng dgn api perlahan.
Siap utk dihidang.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net