Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 27-Apr-2008 19:58 Email | Share | | Bookmark

Biskut Badam
Biskut Badam


Arini saje nak buat biskut badam untuk anak2.
Tambah pulak serbuk badam yg kakak bawak dari m'sia masa balik cuti tahun lepas masih banyak.
Insyaallah summer holiday ni (hujung may sampai awal august) kakak dan anak2 ada di m'sia.
Boleh beli lagi utk bawak balik sini nanti.


Sedia utk di bakar


Siap di bakar dan boleh di makan

Biskut Badam
Bahan
400g (2 cawan) mentega
150g (1cawan) gula ising
2 biji kuning telur
100g (1 cawan) serbuk badam
300g (3 cawan) tepung gandum
100g (1 cawan) tepung jagung
1 tsp esen vanila
kuning telur utk di sapu atas biskut.

Cara
1. Pukul mentega dgn gula ising.
2. Tambah telur dan pukul lagi.
3. Tambah badam dan esen vanila, gaul rata.
4. Tambah tepung gandum dan tepung jagung (yg telah di ayak bersama) sedikit2 hingga menjadi doh yg lembut.
5. Canai, terap dan letak di atas dulang pembakar.
6. Sapu kuning telur di atas biskut.
7. Bakar pada suhu 180'c selama 15 minit.


Saturday, 26-Apr-2008 18:44 Email | Share | | Bookmark

Mee Hoon Goreng
Ondeh-ondeh Keledek


Untuk sarapan pagi.
Mee hoon goreng, oren dan teh o panas.
Mee hoon tu utk bekal anak2 kesekolah sekali.
Kat sini tiap2 pagi kena masak utk bekal anak2.



Mee Hoon Goreng
(resepi ni kakak ambil dari buku resepi kawan.
kakak tak ikut sgt resepi ni, kakak guna dan tambah bahan yg kakak ada)

Bahan
250g mee hoon
2 biji telur
garam dan serbuk lada hitam utk telur dadar
4 tbspminyak
2 kpg tahu
300g udang
200g isi ayam
300g taugeh
200g kucai
garam
(kakak guna daging, taugeh yg baru buat tu, chinese cabbage)

Bahan kisar
3 biji cili merah (kakak guna cili kering)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 tbsp taucho
( kakak suka tambah sedikit udang kering)

Cara
Rendam mee hoon.
Buat telur dadar.
Gorengkan sikit udang/isi ayam/daging dan angkat.
Tumis bahan kisar.
(Kakak tambah 1 tbsp sos tomato dan 1 tbsp kicap manis)
Tambah bahan2 yg digoreng tadi.
Masukkan mee hoon dan sayur.
Kacau rata.
Siap utk di hidang. Hias dgn telur dadar.

Makan tengahari.
Kari karuf, ikan goreng, tahu sumbat dan nasi putih.
Karuf tu kambing kat sini. Lain sikit pada kambing yg kat m'sia.
Kakak tak boleh makan sbb ada darah tinggi tapi husband kakak suka.
Sebenarnye husband kakak lah yg masak kari tu.
Husband kakak tu kalau cuti hujung minggu suka tolong memasak.
Sedap..... masakannye. Tak payah pakai resepi pun.





Jiran (aiza) pulak bagi mee bandung.Sedap.........
Masakan aiza ni memang sedap2.
Terima kasih aiza.
Resepi kena tanya dia lak ni.



Minum petang kakak buat ondeh-ondeh keledek ( buah melaka keledek)



Ondeh-ondeh Keledek (Buah Melaka Keledek)

Bahan
90g tepung pulut
200g keledek (rebus dan lecek)
Sedikit air daun pandan
200g gula melaka (di racik)
150g kelapa parut (kakak guna kelapa kering + garam dan air panas skt)
sedikit garam.

Cara
Tak payah bagitau lah ye.
Rasanye sume org dah tau

Makan malam.......
Biasanya kakak memang tak masak utk malam.
Bagi peghabeh apa2 yg tinggal tu je.


Friday, 25-Apr-2008 15:33 Email | Share | | Bookmark

Taugeh
Asam Pedas Kepala Ikan Kerapu Merah


Hari selasa lepas kakak buat taugeh.
Kat sini kalau nak makan taugeh kena lah buat sendiri.
Cara yg kakak buat.
1. Rendam 1/2 cawan kacang hijau hingga kembang.
2. Letakkan kain yg seperti kain guni jarang di atas bekas yg rata.
3. Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.
4. Tutup dgn sehelai lagi kain yg sama.
5. Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.
6. Letakkan benda berat diatasnya. (kakak letak baking tray sbb agak berat juga)
7. Letakkan di tempat gelap. (kakak letak dlm oven dapur gas sbb kakak tak guna oven tu)
8. Tambah air tiap2 hari supaya kain sentiasa basah.

Kakak lupa ambil gambarnya masa mula2 buat tu.
Ni gambar taugeh pada hari ke3.



Ni gambar taugeh pada hari ke4 dan sedia di ambil utk di masak.



Ni lah hasil taugeh yg kakak dah ambil dan bersihkan.






Tengahari ni kakak masak asam pedas kepala ikan kerapu merah....panjang beno la pulak nama masakan ni ye......
Sebenar nya dah tak ada bahan nak masak ni.
Kat dlm peti sejuk cuma ada kepala ikan kerapu merah ni je.
Jadi masak lah apa yg ada tu.



Resepinya tak ada tapi kakak bagi bahan2 yg kakak gunakan sebab kakak masak ni main agak2 je.

Bahan:
Kepala ikan kerapu merah
Tomato
Bunga kantan (dah keras dlm freezer)
Daun kesum ( pun dah keras dlm freezer)
Timun
Halba campur
Air asam jawa
Garam
Minyak utk menumis

Bahan kisar (kakak tumbuk je lagi sedap rasanya):
Cili kering (dah siap blend)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Belacan

Cara:
Panaskan minyak.
Masukkan halba campur, kamudian bahan kisar.
Masak sampai naik minyak (agak kering).
Tambah air asam jawa ( tambah air jika suka banyak kuah)
Masukkan kepala ikan, biar sampai ikan masak.
Akhir sekali masukkan daun kesum, bunga kantan, timun, tomato dan garam.
Siap untuk di hidang.


Wednesday, 23-Apr-2008 09:23 Email | Share | | Bookmark

Pizza
Roti Kentang


Semalam suami dan anak2 cuti.
Oleh kerana dorang bangun lambat, sempat lah akak buat piza pagi tu.
Resepi ni kakak dpt dari buku yg anak pinjam dari library sekolah.
Ini lah hasilnya.





Pizza

Bahan
350g tepung gandum
1 tsp garam
1 tsp yis
200ml air suam
1 tbsp olive oil (kakak guna minyak jagung je)

Cara
Kakak guna bread maker.
Masuk sume bahan, tekan select, start.
Biar sampai doh naik.
Panaskan oven
Griskan baking tray
Uli sedikit doh letak atas tray dan ratakan
Sapu sedikit tomato paste
Tambah bahan2 diatas piza spt sosej, tomato, capsicum,bawang.
Akhir sekali taburkan cheese.
Bakar 15-20minit.



Oleh kerana kakak dah keluarkan bread maker, ptg tu kakak buat roti pulak.





Biasanya kalau buat roti kakak ikut resepi Alex Goh.
Kebanyakan yg akak cuba sumenya jadi.

Roti Kentang (Alex Goh)

Bahan
(A)
600g tepung roti (kakak guna tepung gandum biasa je)
70g gula
1 1/2 tsp garam
1 1/2 tbsp susu tepung
4 tsp yis segera

(B)
1 biji telur
270ml air sejuk

(C)
120g kentang lecek
60g mentega

(D)
Kastad

Cara Alex Goh
1. Adun (A) hingga sebati. Tambah (B) uli hingga menjadi doh.
2. Tambah (C) terus uli hingga doh lembut dan kenyal
3. Bentuk doh mejadi bebola. Masuk kedlm mangkuk tutup dgn plastik. Biar menaik 45 minit.
4. Adun doh menjadi bebola dan biar 15minit.
5. Bahagi doh menjadi 30g tiap2 bahagian.
6. Bentuk menjadi bebola letak diatas dulang pembakar yg di gris.
7. Tutup dan biarkan menaik 40 minit
8. Sapu dgn telur dam paipkan kastad.
9. Bakar 180'C selama 25 minit.
10. Siap di hidang.

Kakak tak ikut cara Alex Goh menguli tu sebab kakak guna bread maker.
Cuma perlu masukkkan semua bahan2 mengikut peraturan, select dan start.
Bread maker kakak ni kakak beli kat M'sia masa balik bercuti, kalau tak silap tahun 2006.



Sunday, 20-Apr-2008 20:30 Email | Share | | Bookmark

Gulai Nenas
Daging Goreng


Hari ni kakak masak gulai nenas ikan masin, daging goreng dan telur dadar.
Mula2 tu tak tau ape nak masak tengahari ni.
Teringat ada kawan bagi nenas dlm tin ari tu.
ha.....tu yg masak gulai nenas tu.



Gulai Nenas

Bahan
I tin nenas (tapiskan airnye)
tulang ikan masin kurau (itu je yg ade)
Santan kelapa (kakak gune santan serbuk + air )
Sedikit kunyit hidup
Sedikit ketumbar biji
3 biji cili api
secubit belacan
Sedikit bawang merah dan bawang putih
Serai dan lengkuas di ketuk sedikit
* Semuanye agak2 je, kalau biasa masak boleh agak kan.

Cara
1. Tumbuk kunyit hidup, ketumbar biji, cili api,belacan, bawang merah dan bawang putih
2. Masuk kedalam santan.
3. Masukkan juga bahan2 yg lain.
4. Masak hingga ikan masin masak.
5. Sedia utk dihidang.



Daging Goreng

Bahan
400g daging batang pinang
sedikit kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 labu bawang besar ( di hiris kasar )
1 tangkai daun bawang
1 biji cili hijau ( belah dua)
sedikit garam
Sedikit minyak


Cara
1. Tumbuk kunyit hidup, garam, bawang putih dan halia.
2. Gaulkan pada daging.
3. Panaskan minyak, goreng daging hingga masak dan kering.
4.Tambah bawang besar, daun bawang dan cili hijau.
5. Kacau rata hingga bawang layu sedikit.
6. Sedia utk di hidang

Telur dadar yg akak buat tu biasa je.
Tambah bawang, garam dan lada hitam.
Kacau2 goreng........ .......senang kan.
Gambar kakak tak amek.
Rupanye tak menarik sbb akak goreng dgn minyak lebihan goreng ayam semalam.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net