Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Apr-2008 13:22 Email | Share | | Bookmark

Malaysia 04 &05
Turki 05
Dubai 06
View all 7 photos...


Gambar anak2 di ambil pd thn 2004 dan 2005.
Kecik lagi masa tu.



Gambar ni di ambil pd thn 2006
Ni dah besar sikit.



Gambar ni di ambil pd thn 2007
Tengok.... dorang dah besar kan



Gambar ni di ambil pd thn 2007 juga.
Anak2 dah remaje ibu pun dah tua......



Saturday, 19-Apr-2008 05:42 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Anak-anak

Petronas Carnival 2008
Merdeka 2007
Merdeka 2007
View all 20 photos...


Friday, 18-Apr-2008 21:03 Email | Share | | Bookmark
Petronita Sudan

Committee Members 2007
New Committee Members 2008
Farewell
View all 5 photos...
Saturday, 12th April 2008
Petronita Sudan's 3rd AGM 2008
Rotana Hotel, Khartoum

Kakak pegi la jugak, bukan ape, nak cukupkan korum je.


Thursday, 17-Apr-2008 05:25 Email | Share | | Bookmark
RESEPI

Lempeng Pisang
Macaroni Bakar
Husband kakak suka makan pisang, jadi die suke beli banyak.
Dah banyak tu tak termakan pulak.
Bile kakak tengok sayang.... pisang yg dah masak ranum tu terfikir la nak buat sesuatu.
Maka... jadi lah lempeng pisang.
Biasanya kakak buat utk sarapan pagi.



Lempeng Pisang

Bahan
6 biji pisang masak (sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
6 sudu besar kelapa parut (kakak guna kelapa kering)
sedikit garam
Kalau suka manis boleh tambahkan gula
*kakak tak bubuh gula sebab kalau pisang tu cukup masak pada akak dah cukup manis.

Cara
1. Lenyekkan pisang
2. Tambah bahan2 lain dan kacau hingga sebati
3. Panaskan kuali leper masukkan sedikit minyak
(kalau nak wangi ratakan minyak menggunakkan daun pandan)
4. Bubuh sesenduk adunan dan ratakan
5. Terbalikkan, biar hingga masak
6. Siap utk dihidang



Hari tu akak ada cuba buat macaroni bakar.
Sebelum tu ada belajar kat cooking class yg dianjurkan oleh petronita.
Yg diajar menggunakan tuna.
Oleh kerana anak2 tak suka tuna kakak tukar ngan daging kisar tapi dah tak ikut resepi,semuanya akak agak2 je.
Tengahari tu akak tak masak nasi pun. Anak2 makan macaroni bakar je.



Makaroni Bakar

Bahan
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm daging kisar
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 tbsp tomato paste
sedikit garam
sedikit oregano kering
sedikit minyak/butter utk menumis
2 biji telur
Mozarela Cheese

Cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging masak
3. Tambah tomato paste, kacau lagi
4. Masukkan macaroni yg telah direbus, gaul rata
5. Tambah garam dan oregano kering
6. Masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar
7. Pukul telur, curahkan keatas macaroni
8. Taburkan cheese sehingga menutup macaroni
9. Bakar hingga cheese cair
10. Siap utk dihidang


Sunday, 13-Apr-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Bazar Santai

Gerai Nasi Lemak
Gerai Minuman
Gerai Laksa
View all 6 photos...
Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga pegi sarapan pagi di bazar santai.
Bazar ni di anjurkan oleh Petronita Sudan. Sesiape yg nak makan makanan M'sia bolehlah dtg tapi cuma 2 kali je sebln. Ye lah, yg berniaga tu kebanyakannye suri2 rumah, dorang pun nak berehat juga bila anak2 dan suami bercuti.
Kat sini pejabat dan sekolah cuti hari jumaat.
Seronok sesekali dapat bersarapan sambil bersembang dgn kawan2 disana.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net