Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 12-Apr-2008 18:06 Email | Share | | Bookmark
RESEPI

 
 
Arwah emak yg ajar buat agar-agar ni masa akak muda2 lagi. Sekarang ni akak selalu jugak buat sebab husband dan anak2 suka, lagi pun senang je nak buat.
Rasanya ramai yg dah tau buat agar-agar ni. Saje akak bagi resepi ni untuk sape2 yg ingin tau.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH/GULA MELAKA

Bahan
25g agar-agar (1pkt agar-agar cap burung layang2)
1liter air
400ml santan pekat
1cwn gula merah/gula melaka
3/4cwn gula
1biji telur
1helai daun pandan
1tsp esen vanila
sedikit garam

Cara
1. Masak agar-agar bersama air dan daun pandan
2. Bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan gula merah
3. Masukkan santan dlm sebuah mangkuk.
4. Tambah telur, garam dan esen vanila, kacau dgn garpu hingga sebati
5. Tapis campuran santan ke dalam sebuah periuk
6. Tapiskan pula campuran agar-agar ke dalam periuk santan tadi
7. Masak hingga mendidih, kacau perlahan-lahan
8. Masuk ke dalam acuan





Friday, 11-Apr-2008 14:50 Email | Share | | Bookmark
Gambar-gambar di Sudan

Souq Markazi
Souq Markazi
Belalang
View all 12 photos...
Gambar-gambar ni husband akak yg amek kecuali gambar ribut pasir tu kawan yg bagi.
Souq Markazi tu adalah salah satu pasar di bandar Khartoum.
Masa ribut pasir tu kami sekeluarga ada di Khartoum ni. Debu pasir masuk dlm rumah walaupun semua tingkap dan pintu bertutup......berjerebu satu rumah.
Peniaga tu berniaga kraftangan di bandar Khartoum jugak.
Gambar yg lain-lain tu husband akak amek masa die pegi site. Nama tempat tu Thar Jath di selatan Sudan.



Thursday, 10-Apr-2008 21:12 Email | Share | | Bookmark
Kenduri

agar2 santan gula merah
agar2 santan pandan
agar2 laici
View all 5 photos...
Hari ni nak cerita pasal masak. Tadi ada kenduri kat blok G, kami duduk kat blok I. Kakak bawalah kuih2 sikit. Hari ni rajin lak nak masak. Kakak bawa kek coklat, kek buah, agar2 santan dan agar2 laici. Sebelum bawa tu kakak sempat la ambil gambarnye. Kakak ni tak la pandai masak. Kek coklat tu kakak belajar dari cooking class yg dianjurkan oleh petronita kat sini. Kek buah tu resepi kawan bagi tapi dah diubahsuai, agar2 santan tu belajar dari arwah mak dan agar2 laici tu resepi sendiri pernah cuba sebelum ni. Hidangan di sana nasi putih, kari karuf (kambing), ayam goreng dan jelatah (acar timun, karot dan nenas). Ok lah tu, maklum la.. duduk tempat orang. Kawan2 ada juga bawa kuih2, ada donat, puding dll. Kakak tak ambil gambar pulak......terlupa, ingat nak makan je. Bila ada masa nanti kakak cuba bagi resepi.


Wednesday, 9-Apr-2008 17:21 Email | Share | | Bookmark
Gambar Keluarga

Morocco
Turki
Dubai
View all 7 photos...


Wednesday, 9-Apr-2008 15:52 Email | Share | | Bookmark
Morocco

 
 
 
View all 6 photos...
Gambar2 ni kami ambil masa bercuti di Morocco


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net