Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-Jan-2009 06:45 Email | Share | | Bookmark

ashabul kahfi
kraftangan
mont nebo
View all 7 photos...


hari ketiga kami sempat melawat 4 tempat yg tidak jauh dari bandar amman.

ashabul kahfi


kraftangan


mont nebo


laut mati


hari keempat tu hari raya haji
kami beraya di rumah salah seorang ustaz (pelajar) di sana
petang tu kami bertolak ke syria

masak kambing dan ayam


bersama sebahagian pelajar2 malaysia di jordan


perjalanan ke sempadan syria


Friday, 2-Jan-2009 21:45 Email | Share | | Bookmark

 
 


assalamualaikum
tak pernah buat karipap berpusar ni...
baru mencuba dari buku resepi alex goh
tak tau lah jadi ke tidak... tapi macam ni lah rupa nye
tak lah secantik yg alex goh buat tu



KARIPAP BERPUSAR

bahan inti
A
250g kentang rebus di dadu
B
20g minyak
1 biji bawang di hiris nipis dan di tumis hingga masak
C
30g minyak
1 ulas bawang putih di hancur
1 biji bawang di cincang
1 tangkai daun kari
D
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar air
E
200g daging ayam di dadu
F
1 sudu teh garam
1 sudu gula
1 sudu teh stok pati ayam
100g air

bahan doh air
260g tepung
50g majerin
20g gula
140g air

bahan doh minyak
180g tepung
100g lelemak sayuran

cara
inti
1. panaskan minyak di C masuk bahan lain dan tumis hingga wangi
2. tambahkan D yg telah di gaul dulu dan tumis hingga wangi
3. masukkan E dan masak daging ayam hingga putih
4. masukkan F dan didihkan
5. campurkan A da B dan kacau hingga sebati
6. alih dan biarkan sejuk
doh air
campurkan semua bahan utk menghasilkan doh yg licin
bahagi kepada 2 bahagian sama rata
biar selama 20 minit
doh minyak
campur semua bahan untuk menghasilkan pes yg licin
bahagi kepada 2 bahagian sama rata
1. balutkan doh minyak dengan doh air
2. canai doh menjadi bentuk empatsegi bujur dan buat lipatan buku
3. canai nipis setebal 2mm dan gulung seperti kek gulung swiss
4. biarkan selama 10 minit dan potong menjadi 8 keping
5. ulang langkah untuk bahagian kedua
6. leperkan doh dan canaikan menjadi setebal 3mm.
7. balutkan inti ke dalam pastri dan sepit bahagian tepi supaya rapat
8. goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan

ketupat segera je ni... buka peket terus rebus... senang kan
kuah kacang ni belajar dari arwah emak... ingat lagi dulu tiap2 raya mak akan rasa masakan
anak menantunye dan beri komen ape yg kurang dan terlebih... dari situ lah kami belajar...
sate goreng ni pulak hentam je ... bahannye same dengan buat sate biasa tu kot...
cuma tak dibakar je...



KUAH KACANG

bahan
(kuantitinya agak2 je lah ye... kakak tak sukat lah pulak)
kacang tanah yg di goreng tanpa minyak dan di kisar
bawang besar di hiris bulat
serai dan lengkuas di titik
air asam jawa
gula
garam
minyak
bahan kisar
cili kering
bawang merah
belacan
udang kering

cara
1. tumis bawang serai lengkuas hingga wangi
2. masukkan bahan2 kisar tumis hingga masak
3. masukkan kacang gaul hingga rata
4. tambah air asam jawa dan air
5. tambah garam dan gula
6. masak hingga naik minyak

sate goreng

bahan
(ni pun kakak tak sukat... main agak2 rasa je)
daging di potong kecil
minyak
garam
gula
bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
serai
ketumbar

cara
1. gaul rata semua bahan dan perap
2. masuk dalam kuali kacau hingga daging masak


Monday, 22-Dec-2008 06:51 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
hari kedua
masih di jordan
hari ni kami ke petra
perjalanan ke sana agak jauh... jadi kami menghabiskan masa satu hari ni disana










Saturday, 20-Dec-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...


assalamualaikum
5dec-14dec yg lepas kakak pergi bercuti ke jordan syria dan lebanon
tu yang rumah senyap je...

hari pertama di amman jordan
kami sempat melawat makam nabi syuib.. makam nabi yusyak.. peninggalan sejarah rome








Wednesday, 17-Dec-2008 11:07 Email | Share | | Bookmark

 


assalamualaikum...
dah 2 minggu kakak tak update fp ni
kami sekeluarga pergi bercuti... anak2 cuti sekolah (winter break)
nanti lah kakak cerita pasal bercuti tu
sebenar nya tiramisu ni kakak buat sebelum pergi bercuti
baru ni ada kesempatan nak edit



tiramisu

bahan
1 pack biskut lady finger
1 mangkuk air nescafe 'o tanpa gula (1 tsp nescafe + 2 cawan air)
1 sudu makan vanilla
1 pack cream cheese 250g (mascarpone)
3 pack whipping cream + susu segar (1 pack 45g + 125ml susu segar sejuk)
2 kuning telur
3 sudu makan gula
serbuk koko secukupnya

cara
1. bancuh air nescafe masuk dalam peti sejuk.. bila dah sejuk tambah vanilla
2. cream cheese di pukul bersama kuning telur dan gula sampai kembang
3. whipping cream di pukul bersama susu
4. campurkan adunan 2. ke dalam adunan 3. dan gaul rata
5. biskut satu persatu di celup ke dalam bancuhan air nescafe dan susun dalam bekas sajian
6. setelah rata tuangkan adunan cream di atasnya dan ratakan
7. susun lagi biskut berselang seli dengan cream hingga penuh bekas sajian
8. akhir sekali taburkan serbuk koko diatas permukaan cream yg teratas
9. masukkan kedalam peti sejuk selama 5 jam



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net