Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Oct-2008 06:01 Email | Share | | Bookmark

roti pintal buah-buahan campuran
roti gulung kismis



roti pintal buah-buahan campuran


roti gulung kismis

resepi kedua2 roti ni sama je cuma kakak ubah cara membuatnya

roti pintal buah-buahan & roti gulung kismis

bahan
A
250g tepung gandum
2 1/2 tbsp gula
1/2 tsp garam
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk kulit kayu manis
2 tsp yis segera
B
1 biji telur
100ml air sejuk
C
25g mentega
D
70g buah2an campuran/kismis

cara
1. adun A tambah B gaul hingga jadi doh
2. tambah C uli lagi
3. tambah D gaul sebati
4. biar menaik 45 minit
5. bentukkan menjadi bulat biar lagi 15 minit
6. bahagikan doh dan bentukkan ikut suka.
7. letak atas dulang pembakar biar menaik 45 minit
8. sapu telur bakar pada suhu 190 C selama 12-15 minit


Friday, 3-Oct-2008 15:50 Email | Share | | Bookmark

 
 



bermaafan selepas solat hari raya


bermaafan selepas solat hari raya


jamuan hari raya


bergambar di rumah sebelum ke rumah terbuka


beraya di rumah duta malaysia


di rumah duta malaysia


beraya di rumah puan husna


makan aiskrim sebelum pulang ke rumah


makan aiskrim sebelum pulang ke rumah


kawan2 datang beraya


kawan2 datang beraya


beraya di rumah shida


beraya di rumah shikin


di rumah sendiri


Friday, 26-Sep-2008 04:32 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...




Assalamualaikum
Ini lah rupa biskut2 raya yg kakak dah buat. Kakak bukan pandai sangat nak hias2 biskut ni, tak ape lah kan... janji...ada rasa.... Biskut2 ni memang dah biasa kakak buat tiap2 tahun. Bila ada kesempatan nanti kakak akan cuba resepi baru dari adik2.

SELAMAT HARI RAYA


Tuesday, 23-Sep-2008 20:48 Email | Share | | Bookmark

 
 




untuk semua pengunjung fp.... kakak ucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin


Friday, 19-Sep-2008 21:09 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Assalamualaikum
Ni ha... nak tunjuk sikit umah kakak yg baru ni. Bukan umah sendiri, barang2 kat umah tu pun semua dah di sediakan cuma perlu pindah keperluan sendiri tapi banyak nya bukan main maklum lah dah duduk sini hampir 4 tahun tu yg tak habis2 berkemas sampai ari ni. Tengok lah nampak kosong je, barang2 hiasan rumah sume masih dlm kotak.


Dapur ni kalau belum masak macam ni lah rupanya tapi kalau tengah masak....paham2 je la. Dapur utk memasak, peti sejuk, oven sume di sediakan tapi nak guna oven sendiri yg lama jugak. Mula2 dah masukkan dlm setor, semalam bila nak buat biskut raya suruh husband keluarkan, nak guna oven tu jugak.... kenapa ye?


Yang ni pulak ruang tamu, ruang makan dan ruang masuk ke bilik. Semua brg2 tu jugak dah di sediakan. Karpet dan alas meja tu sendiri punya.... Nampak tak karpet warna pink tu, beli kat morocco...jangan marah... Cermin punya lah banyak... dekat ruang makan ada, ruang nak masuk bilik ada, lorong nak ke pintu keluar rumah pun ada, besar2 pulak tu. Lum masuk cermin dlm 3 bilik tidur dan 4 bilik air. Nasib baik dalam dapur tak ada.


Bukan senang nak dapat sayuran ni. Kat pasar bukan ada jual. Sayuran ni kami beli dari seorang pengusaha ladang sayur berbangsa korea. Dulu kami pergi ke ladangnya untuk beli sayur. Sekarang kami pesan dan ambil kat umah dia je. Kat m'sia senang je kan, tak payah susah2 macam kat sini. Kadang2 tu ada sayur kangkung tapi sayur2 kat sini tak lah secantik sayur2 kat m'sia.


Kacang panjang ni kakak goreng ngan isi ayam. Masak cincai2 je. Goreng isi ayam, tambah bawang merah, bawang putih, halia, masukkan kacang panjang kacau2 siap.


Peria ni kakak goreng buh perencah ikan bilis je. Buh cili sikit biar pedas. Kalau guna cili merah sedap tapi tak ada... guna cili kering je tu yg merah semacam je rupenye.


Ikan ni sebenarnye ikan goreng semalam yg tak habis. Kalau tak diusahakan sikit alamat tak di usik oleh anak2. Jadi kakak panaskan sikit ikan tu, kemudian buatkan sosnye biar nampak menarik. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, tambah sos tomato, sos cili dan sedikit air. Nak menarik lagi kakak tambahkan hirisan bawang besar, karot dan lada benggala hijau kebetulan bebenda tu ada dlm peti sejuk. Curah atas ikan goreng tadi...... siap.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net