Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Sep-2008 04:30 Email | Share | | Bookmark

pergedel belum dimasak
pergedel siap di goreng
mee udang singapura


Assalamualaikum
Semalam memandangkan kentang2 kakak yg dah nak hampir tumbuh (takut tumbuh pokok kentang pulak kat dapur baru akak ni) terpaksalah memasaknye dgn segera. Jadi kakak buat lah pergedel ni.



Ni pergedel yg dah siap tapi belum di goreng lagi. Nasib baik teringat nak ambil gambar.



Ni pulak dah siap di goreng dan sedia utk di makan tapi kene tunggu waktu berbuka puasa.

Resepinya......dari arwah emak (emak masak dulu2 mana ada resepi) dan dari pengalaman kakak yg dah buat beberapa kali.

Pergedel Daging

Bahan:
250g daging kisar (nak lebih/kurang pun boleh)
10 biji kentang (saiz sederhana di potong kecil)
1 biji bawang besar (di dadu)
2 ulas bawang putih (cicang halus)
sedikit halia (cincang halus)
sedikit daun sup}
daun bawang} (cicang halus)
lada hitam}
bunga cengkih}
bunga lawang}
kulit kayu manis} (kisar halus)
garam
telur (salut pergedel utk di goreng)

Cara:
1. Goreng kentang hingga empuk, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dlm kuali.
3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
4. Masuk daging kisar, kacau hingga hampir masak.
5. Tambah rempah2 yg di kisar.
6. Masukkan kentang yg telah di goreng tadi, daun sup, daun bawang dan garam,gaul rata.
7. Angkat dan lenyek.
8. Bentukkan pergedel ikut suka, gaulkan dgn telur dan goreng.



Ha...mee udang singapura ni,
Semalam singgah ke fp zaiy, ternampak la mee ni. Tengok2 bahan yg digunakan semuanya ada. So...kakak pun salin resepi dan mencubanya. Ok lah rasa mee ni, anak2 pun suka. T kasih zaiy.
Kakak mintak izin nak tulis resepinya dlm fp akak ye. Mana lah tau kalau kawan2 kakak yg lain teringin nak mencuba, boleh kan.

Oleh kerana zaiy bagitau resepi asal dari en mat gebu, terima kasih en mat gebu. Kakak tuliskan resepinya ya, boleh kita kongsi bersama kawan2 yg lain.

Mee Udang Singapura

Bahan:
500g mee kuning (kakak guna spaghetti)
2 keping tahu
3 biji telur rebus
limau
taugeh (celur - kakak ganti dgn kobis yg di celur)
salad (hiris halus - tak bubuh)
hirisan cili merah/hijau
bawang goreng

Kuah:
Bahan Kisar:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2cm halia
2 tbsp udang kering (rendam dan tos)
2 tbsp taucu (cuci dan tos)
Bahan2 lain:
250g udang (buang kulit)
2 tbsp rempah kari ikan (campur sedikit air)
1 btg serai (dititik)
1" lengkuas (diketuk sedikit - kurangkan)
3 biji kentang (rebus dan lenyek)
1 tbsp tepung gandum (campur sedikit air)
1 biji tomato (potong kecil)

Cara:
1. Rebus kulit udang utk mendapatkan stok.
2. Panaskan sedikit minyak, gorengkan udang dan ketepikan.
3. Dgn minyak yg sama tumis bahan kisar, tambah serai dan lengkuas.
4. Masukkan rempah kari.
5. Tambah stok udang (tambah air jika inginkan kuah yg banyak)
6. Tambah kentang yg di lenyek dan tomato.
7. Tambah tepung gandum yg di campur air dan kacau utk meghasilkan kuah yg lebih pekat.
8. Akhir sekali masukkan udang yg telah di goreng tadi.
9. Siap utk di hidang.

*Untuk menghasilkan spaghetti yg ala2 mee kuning masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit kedalam air rebusan dan rebus hingga lembut (almaklum lah kat sini tak ada mee kuning)


Monday, 15-Sep-2008 03:55 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Menu berbuka puasa ni bukan utk hari ini atau pun semalam, tapi dua hari lepas, baru ari ni sempat nak masukkan dlm fp ni. Apa yg kakak masak ni tak ada resepi pun cuma bolehlah kakak bagitau bahan2 dan cara memasak nya aje.
Biasanya kami sekeluarga berbuka makan nasi macam makan malam je, tak ada yg istimewa pun. Kuih2 pun jarang buat, anak2 tak makan sangat.



Ayam goreng ni biasa je, cuma gaulkan dengan garam, kunyit, halia, bawang putih dan sedikit tepung. Kemudian goreng. Pastu keluarkan minyak gorengan (tinggalkan sikit utk menumis). Tumis bawang besar yg di hiris bulat dan hirisan lada merah (kakak tak bubuh sebab tak ada) kemudian perah sedikit asam limau nipis. Masukkan ayam yg telah di goreng tadi dan gaul rata. Dah siap....senang kan.



Kobis ni pun sempoi je. Didihkan air, tambah sedikit hirisan bawang merah, ikan bilis dan daun kunyit. Setelah mendidih masukkan kobis. Dah siap......lagi senang kan.



Semua tau kan buat sambal tumis udang. Tak payah lah kakak susah2 nak bagitau kan.



Ikan masin ni goreng biasa je, tak tambah apa2 pun.




Friday, 12-Sep-2008 10:44 Email | Share | | Bookmark

Rumah baru kami
Bangunan Pejabat Petronas dari belakang
Ucapan Pengerusi Petronas
View all 6 photos...


Assalamualaikum,
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Sebenarnya dah hampir se bulan kakak balik ke Sudan tapi belum ada kesempatan nak update fp ni. Balik je dah nak kene pindah rumah. Rindu ngan kawan2 semua.
Apa2 pun ni lah gambar2 terbaru yg sempat kakak ambil masa menyambut ulang tahun kemerdekaan selepas pindah ke rumah baru kami.

Quote:
Shima~Seronok rumah baru tapi mmg lah penat
Zaiy~Wslm, akak dok tgkt 2. Lum abis berkemas lagi ni. Resepi dr dapur akak tu nnt la ye, brg2 dapur pun ada yg belum keluar dr kotak.


Thursday, 29-May-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark



Salam sume,
Sekarang ni dah nak kul 11.30pagi waktu Khartoum, Sudan.
Petang ni kul 4.30ptg kami sekeluarga nak bertolak balik M'sia.
Insyaallah esok mlm sampai.








Tuesday, 27-May-2008 15:16 Email | Share | | Bookmark

pancake
lempeng kelapa & sambal tumis




Pancake

Bahan:
125g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tbsp gula
1/2 tsp garam
1 biji telur
250ml susu segar
1 tbsp minyak/butter cair

Cara:
1. Campur bahan2 kering.
2. Campur bahan2 basah dlm bekas berasingan.
3. Campur (1) ke dalam (2) dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper, tuangkan satu senduk kecil adunan.
5. Tunggu hingga keluar gelembung2 kecil baru terbalikkan pancake tadi.
6. Biar hingga masak, siap utk di hidang
* Hidang bersama butter dan honey.






Lempeng Kelapa

Bahan:
Tepung
Kelapa parut (kakak guna kelapa kering)
Garam
Air

Cara:
1. Campur semua bahan dan gaul rata.
2. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.
3. Letak sesenduk adunan dan ratakan.
4. Biar hingga masak dan terbalikkan.
5. Biar hingga masak di bahagian yg sebelah lagi.
6. Siap utk di hidang.
* Hidang bersama sambal tumis ikan bilis.

Quote:
nor ~ Lempeng melayu lagi sedap kan.
CKN40 ~ Takkan buat lempeng kelapa nak join catering kin...
jasmeen ~ Tak tau pulak wak kumis tu suke lempeng. Kakak memang tak pandai wat kek yg deco2 tu, jadi tayang lah lempeng je...
aizayunos ~ Sorry la...tak sempat pass sebelah...dah habis..
shima ~ T kasih dtg umah kakak. Tayang yg catik2 je tu..
masriyah ~ Dulu arwah mak kakak pun selalu wat lempeng utk sarapan pagi.
adzlin ~ Nnt kita wat lagi ye.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net