Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-May-2008 19:34 Email | Share | | Bookmark

Piring Turki
Piring Spain


Nak tunjuk piring pulak hari ni. Tak tau lah apa nak panggil benda2 ni. Kakak sebut piring je.
Dah tak ada makanan, tunjuk piring je lah ye...
Hari ni masak asam pedas ikan dgn terung, ikan goreng dan goreng tauhu cicah kicap cili je.
Maleh lak nak tunjuk ngan kwn2.
Ini lah di antara koleksi piring2 hiasan kakak.


Piring Turki


Piring Iran


Piring Iran


Piring Iran


Piring Spain


Piring Spain


Piring Morocco


Piring Morocco


Piring Morocco

Quote:
umieaisyah ~ Bagus tu...keluarkan collection umieaisyah pulak, boleh kite sume tgk same2.
adzlin ~ ye ke, adik kene tlg mak bersihkan selalu.
mknace ~ T kasih.
jeff ~ T kasih.
jasmeen ~ Tak lah mahal meen....kalau mahal tak beli pun. Buat kenangan g tmpt org.


Thursday, 22-May-2008 11:38 Email | Share | | Bookmark

ayam goreng kicap
roti john




Ayam Goreng Kicap

Bahan:
Ayam dipotong kecil
Sebuk kunyit
Garam
Ubi kentang
Minyak utk menggoreng
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Cili merah/hijau
Sos tiram
Sos tomato
Kicap
Serbuk lada hitam
Sedikit air

Cara
1. Gaul ayam dgn kunyit dan garam, goreng dan ketepikan.
2. Goreng ubi kentang dan ketepikan.
3. Dgn sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, halia, bawang putih, bawang besar dan cili.
4. Tambah sos tiram, sos tomato, kicap dan sedikit air.
5. Masuk ayam dan kentang yg telah di goreng tadi, gaul rata.
6. Siap di hidang.



Masak Lemak Kobis

Tak payah bagi resepi lah ye. Sume dah tau kan..
Bahan: Kobis, santan cair, bawang merah, ikan bilis, secubit belacan, daun kunyit dan garam.



Ikan Kerapu Goreng

Tak nampak mcm ikan kerapu kan. Sebenonye ikan ni besar, kakak dah potong amek bahagian isi je. Ikan kat sini beso2, susah nak jumpa ikan kecik2.
Ikan ni kakak gaul garam kunyit je. Pastu tabur2kan tepung sikit. Bukan ape, jgn kasik melekat kat kuali.





Roti John

Kakak pun sampai la ni tak tau kenape org panggil roti john. Org dah panggil gitu, ikut je.
Gambar tu cara kakak membuatnye, tak tau lah org lain buat mcm mana.
Tak pernah tgk org buat pun. Dengar dari kawan2 yg pernah buat je.
Kakak pun cuba lah. Bagi sesiape yg biase buat, macam mana ok tak.

Quote:
Big Mamma ~ Masak utk family boleh lah t.
mamaFaMi ~ Betul tu, kakak buh kentang goreng je..
MaDiHa ~ Psst....MaDiHa b*****n tu secret ingredient mother inlaw kakak.Org Melaka lah katakan.
zaiy ~ Masak biasa2 je tu.
zira ~ T kasih singgah kerumah kakak.
yent ~ Mane le ade tempoyak kat sini.
jeff ~ Ye ke, tak penah makan nnt boleh cuba.
soulha.cairo ~ Kakak gune telur, sardin, bawang, cili, limau nipis dan garam. Campur je sume sekali.
masriyah ~ Memang lah rajin.....terpaksa.....


Tuesday, 20-May-2008 20:44 Email | Share | | Bookmark

Tom Yam
Makaroni Bakar





Tom Yam

Bahan
Ayam di potong kecil2
Udang
Serai di titik
Daun Limau Purut
Bawang besar di hiris
Bawang putih di ketuk
Cili api
Tomato
Kobis
Daun bawang
Daun ketumbar
Limau nipis
Air
Garam
Kiub tom yam knorr

Cara
1. Didihkan air dlm periuk.
2. Masuk serai yg dititik dan daun limau purut.
3. Masuk ayam biar sampai masak.
4. Masuk bahan2 yg lain kecuali udang, daun bawang, daun ketumbar dan jus limau nipis.
5. Biar bahan2 tadi masak.
6. Masuk udang, daun bawang, daun ketumbar jus limau nipis dan garam
7. Siap utk di hidang






Macaroni Bakar

Resepi sama je dgn yg kakak buat sebelum ni cuma tak buh tomato paste dan oregano kering.





Ini lah satu satunye jenis pisang yg ada kat sini. Nak buat jemput2, lepat, kek....epe2 je lah..
sume gune pisang ni. Kalau nak wat gulai pisang kene lah g pasar cari yg lum masak lagi...pisang tu la jugak.

Quote:
adzlin ~ Ye ke dek..
zaiy ~ Pisang ada tanam kat sini, kakak pernah npk kebun pisang kat tepi sg.nile.
srsfeqah ~ Terpaksa rajin...kalau tak mana nak cari makanan2 camtu kat sini.
nor ~ Ye ke, kakak kalau buat tom yam tak sempat sampai malam, anak2 suke.
jeff ~ T kasih.
edoras ~ T kasih singgah kat fp kakak.
dOd ~ T kasih singgah kat fp kakak.
jasmeen ~ Famili suke mesti selalu wat macaroni bakar ni ye.
zaiy ~ T kasih, dulu penah singgah dubai, dok 2 hari tapi tak tau nak shoping kat mane.
soulha.cairo ~ Kat sini kalau g soug yg jual buah2an tu ada pisang lum masak tapi kene beli setandan. Hari tu kakak pegi die bagi je pisang yg dah leghai dari tandan tu.


Monday, 19-May-2008 17:55 Email | Share | | Bookmark

Gelas Iran
Gelas Morocco


Barang2 di bawah ni kakak beli masa pegi jalan2 ke negara lain.
Gelas2 tu kecik je. Tak mahal pun...tu sebab kakak beli.
Kakak suka sangat beli barang2 yg nampak come, lagi pun senang nak bawak balik.
Jadik lah tu kan. Buat kenangan pegi tempat org.


Gelas ni kakak beli di Turki. Org sana guna utk minum teh.
Kecik sgt...kalau kakak....satu mug teh pun tak cukup.



Yg ni beli kat Iran.


Gelas ni pulak kakak beli kat Morocco.


Yg ni beli kat Madrid, Spain.
Mug kecik tu kan kecik sgt....boleh muat jari je...itu pun kakak nak beli.


Bekas minyak wangi ni beli kat Egypt. Beli yg murah2 je...



Kotak2 kecik ni beli kat Iran.


Yg ni beli kat airport Dubai je.
Masa transit kat Dubai sempat lagi beli benda2 kecik ni.

Ada lagi..tak leh nak tunjuk sume, nnt lah bila2 pulak ye..

Quote:
zaiy ~Tu la dah penuh lemari, husband dah suruh bungkus bawak balik m'sia.
maDiHa ~ Tunggu anak besar sikit, boleh wat koleksi.
Jasmeen ~ Koleksi kecik2 wat kenang-kenangan je.
maklang ~ Kakak suke beli benda cute2 ni, senang nak bawak balik.
ida isk ~ Betul la, buat koleksi habuk sekali.
nor ~ Nape tak beli, tu le ingat nak minum apple tea je.
mamaFaMi ~ Tak le sampai serata donia. Jalan dekat2 sini je. Kalau dah blk nnt cuti-cuti m'sia je le...


Sunday, 18-May-2008 20:32 Email | Share | | Bookmark

Kek Belang
Bingka Jagung
Nasi Lemak





Kek Belang

Bahan
1 cawan gula halus
1 cawan mentega
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
1 tbsp serbuk koko
sedikit pewarna merah

Cara
1. Pukul gula dan mentega.
2. Tambah telur satu persatu dan terus memukul.Tambah esen vanila.
3. Tambah tepung yg telah di ayak bersama baking powder dan gaul rata.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian di tambah serbuk koko, satu bahagian lagi di tambah pewarna merah.
6. Masuk ke dalam acuan berlapis lapis mengikut aturan warna.
7. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit.
8. Siap utk di hidang.






Bingka jagung ni ikut resepi hanieliza. Terima kasih liza..





Saje nak tempek gambar nasi lemak sambal sotong ni.
Jangan tak tau....
Ikan bilis, kacang tanah, sotong kering, cili kering, belacan, santan segera,minyak masak, daun pandan.... sume bawak dari m'sia. Eh..lupa, pinggan pun bawak dari m'sia

Quote:
umieaisyah ~ Blk m'sia setahun sekali je. Sume barang2 simpan dlm freezer.
mamaFaMi ~ T kasih..kakak tak pandai masak..kire ok lah tu kan. Nak deco kek lagi lah tak pandai.
zaiy ~ Amek lah..mmg nak kongsi ngan kwn2 pun. Resepi turun temurun dari arwah mak tu. Beras pun kami bawak dr m'sia tau, tapi ari tu guna basmati beli disini.
jeff ~ Nasib lah ade bahan2nye yg dibawa dari m'sia.
jasmeen ~ Boleh...ape salah nye.
unnamed ~ T kasih dtg berkunjung.
nor ~ Mmg tak jemu makan nasi lemak selalu kan..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net