Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-May-2008 18:18 Email | Share | | Bookmark

shortbread pisang
cup cake


Sayang tengok pisang yang dah masak ranum kat umah ni.
Tak de sape nak makan lagi.
cari idea nak buat apa ngan pisang ni.
Teringat buku Alex Goh ada resepi shortbread pisang.
Mula lah mengadun.....
Ni dia....dah sedia untuk di bakar.


Dah masak pun......
Merekah pulak die...


Bila sejuk sikit kakak keluarkan dari acuan.


Shortbread pisang yg dah di potong dan sedia dimakan.


Macam mana....ok tak...
Shortbread pisang Alex Goh ada tabur walnut...lagi sedap.

Shortbread Pisang
(copy dr buku The World of Bread- Alex Goh)

Bahan
(A)
250g gula
130g marjerin
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
(B)
2 biji telur
(C)
300g pisang dilecek
(D)
300g tepung
1/2 tsp serbuk penaik
80ml susu
(E)
100g kacang walnut dicincang

Cara
1. Putar (A) hingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan putar hingga tidak berbintil2.
3. Tambah (C) dan campur hingga sebati.
4. Gaul (D) hingga sempurna.
5. Campur (E) dan adun hingga sebati.
6. Tuang adunan ke tin roti yang telah si sapu dengan minyak dan di alas kertas (P 20sm x L 10sm T 8.5sm). Kuantiti adunan ini boleh menghasilkan 2 buku roti. Untuk menghasilkan roti yang lebih menyelerakan, tabur sedikit kacang walnut yang di hiris di permukaan.
7. Bakar pada suhu180'c selama 45 minit. Siap di hidang.



Tiap jumaat anak bujang kakak tu join usrah remaje kat sini.
Jadi kakak buatkan cup cake untuk die bawak, boleh makan ngan kawan2 nanti.
Ni yang belum di masak.
Nak nampak lain kakak letakkan sikit adunan coklat kat atasnye.


Masak dah......


Sekarang......boleh makan...


Usrah remaje tu tak de lak ari ni.Jadi cup cake ni kami makan jelah sama2.
Anak2 dah cuti sekolah sekarang ni (summer holiday). Bulan august nnt baru sekolah buka.
Kalau dorang ada kat rumah....jap-jap lapar...kene lah sentiasa ade benda yg nak di makan.
Tu yg tak abih2... masak....masak....masak....

Cup Cake

Bahan
200g marjerin
150g gula
4 biji telur
200g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tsp esen vanila
Sedikit serbuk koko

Cara
1. Putar marjerin dgn gula hingga kembang.
2. Masuk telur satu per satu dan terus memutar.
3. Tambah esen vanila.
4. Masuk tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik sedikit2 dan gaul rata.
5. Asingkan sedikit adunan, tambah serbuk koko dan gaul rata.
6. Masuk satu sudu adunan ke dalam tiap2 paper cup.
7. Tambah sedikit adunan coklat diatasnya.
8. Bakar 180'C selama 15 minit

Quote:
azue ~ t.kasih byk2
jasmeen ~ kakak rasa same, name je lain, bahan2nye same ngan buat kek je.....kene rajin lah ke dapur...kat sini bukan ade kentucky, mc donald ke.
zaiy ~ same kot, selalunye tak lama lepas cuti kakak balik m'sia, tapi ni kene tunggu............. anak bujang kakak tu nak amek exam hujung bln ni.
kookiesNkeks ~ salam perkenalan juga, insyaallah nnt kakak masukkan gambar makanan org2 sini.
alin ~ t kasih alin & afiq.....mak sayang....anak2 mak.....
ibu irfan ~ salam perkenalan juga...selamat hari ibu
mamafami ~ a..ah... pakai jet turbo tapi jet tubo dah lama, harap2 boleh tahan lagi..he..he



Thursday, 8-May-2008 19:40 Email | Share | | Bookmark

 
 


Mula2 sekali kakak nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih pada rinnchan.
Setelah menjenguk ke fp rinn kakak pun mencuba buat roti ni.
Kakak gunakan bread maker je utk mengulinye.
Ni ha...bread maker kakak.

Rasanye dah tunjuk ari tu.
Masukkan sume bahan, kemudian tekan.
Tunggu je sampai bunyi teeeeeeet.....
Dah siap mengembang, cuma perlu di pintal,
sbb bread maker ni tak boleh lah memintal mcm yg kite nak tu.
Tengok lah hasil nye.
Ni roti yang dah dipintal macam rin ajar tu.


Roti yang dah menaik sedia utk dibakar.


Roti yg dah siap di bakar.


Roti yg dah siap di bakar di ambil dari dekat.


Roti perlu di sejukkan sebelum di simpan.


Macam mana rinn....ok tak.
Mintak izin nak copy resepi rinn ye.

Cinnamon Twist Bread

Bahan
(Kakak beri bahan yg kakak guna saje ye.)

400g tepung
2 tsp yis
1 tsp garam
1 biji telur
48g gula
2 tbsp susu tepung
60g margerine
190ml air
1 biji telur utk di sapu atas roti

Untuk tabur di atas roti
1 tsp serbuk cinnamon campur dgn 3 tsp gula.
(kakak guna serbuk yg dah siap campur....beli je)

Cara
(Cara yg kakak gunakan)

1. Masuk semua bahan ke dlm bread maker.
2. Biar hingga doh mengebang, Lebih kurang 1jam.
3. Keluarkan doh, bulat kan dan biar selama 5 minit.
4. Bahagi doh kepada 8 bahagian.
5. Gelek dan pintalkan doh.
6. Lipatkan 2 dan pintal lagi.
7. Selitkan hujungnye di lipatan hujung di sebelah lagi.
( utk lebih jelas sila rujuk di fp rinnchan)
8. Letak di atas dulang pembakar yg telah di gris.
9. Biar roti mengembang lebih kurang 45 minit
10. Sapu telur dan tabur cinnamon yg telah di campur gula tadi.
11. Bakar dlm oven 180'C selama 20 minit.

Quote:
mamaFaMi ~ t kasih....t kasih juga pada rinnchan yg mengajar cara2 memintal tu.
nor ~ cuba lah buat, senang....pintal2 je...
aisyah ~ t kasih dtg menjenguk ke rumah kakak. bread maker tu husband belikan, kalau x beli je roti.
jasmeen ~ ade rezeki nnt belilah BM boleh buat roti selalu.
zaiy ~ kalau kite gune selalu barang tu ape salahnye beli, lagi pun bukannye besar sangat. kakak bawak dr m'sia, beli masa balik cuti dulu.
penyulawa ~ tu la.....kan dah merajuk mesin tu. guna2 kan lah selalu.
soulha.cairo ~ sementara ada masa..tak sibuk sgt skrg ni.
masriyah ~ yah dah kata camtu, boleh buka kedai ni...


Wednesday, 7-May-2008 17:44 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Kek ni kakak belajar dari cooking class Petronita.
Selalu juga kakak buat kek ni sbb anak2 suka.
Terima kasih pada Rossa yg mengajar kami.

Ni gambar kek yg belum di masak.


Ni kek yg dah di masak.
Tengoklah merekah pulak kat tengah tu.


Bila dah sejuk kakak curahkan aje sos coklat.
Malas kakak nak keluarkan dari bekasnye.


Lepas tu kakak taburkan hirisan badam yg telah di bakar.


Ni kek yg telah di potong.


Kek yg telah di potong dan siap utk di makan.


Resepi
Kek Coklat Fudge

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonat
secubit garam
sedikit vanilin (kakak guna vanila).
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 tsp coklat mocca paste (kakak tak guna)
1 1/4 cawan air panas

Cara
1. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.
(Oleh kerana kakak guna vanila, vanila dimasukkan ke dalam bahan cecair.
2. Pukul gula, telur,susu,minyak dan mocca paste.(kakak guna blender)
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk dlm loyang.
6. Bakar dlm oven 180'C selama 45-50 minit.

Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

Jasmeen dah beri kakak tugas utk pass misi ini.
Jadi kakak pass misi ni kepada:
1. zaiy
2 .srsfeqah
3. masriyah


Tuesday, 6-May-2008 19:07 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Hari ni kakak masak gulai kacang panjang dgn udang,goreng kangkung dan ayam goreng.


Kacang panjang beli dari korean farm, ladang sayur yg diushakan oleh org korea.
Pasar kat sini tak ada jual kacang panjang.


Gulai Kacang Panjang Dengan Udang

Bahan
Kacang panjang
Udang
Santan
Cili api
Bawang merah
Kunyit
Serai
Asam keping
Garam

Cara
1. Tumbuk kunyit, cili api dan bawang merah.
2. Titikkan serai.
3. Campur semua ke dalam santan.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan udang, kacang panjang, garam dan asam keping.
6. Kacau hingga masak.
7. Siap utk di hidang.

Kangkung pun beli dari korean farm.
Dulu kacang panjang dan kangkung ambil dari kebun kami je.
Sekarang dah tak ada... beli je lah..


Goreng Kangkung

Bahan
Kangkung
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
Belacan
Garam
Minyak

Cara
1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
2. Tambah udang kering dan belacan.
3. Masuk sayur dan garam.
4. Kacau hingga masak.
5. Siap utk di hidang.

Ayam kat sini mahal jugak.
Mahal pun mahal lah...
Nak makan....kene beli lah kan.


Ayam Goreng

Bahan
Ayam
Kunyit
Garam
Bawang besar
Cili
Jus limau nipis
Minyak

Cara
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ayam dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit utk menumis.
4. Tumis bawang dan cili.
5. Tambah jus limau nipis.
6. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi, gaul rata.
7. Siap utk di hidang.


Monday, 5-May-2008 19:38 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...

Semalam kakak dan kawan2 ke Souq Omdurman membeli belah.
Bukan apa...nak cari barang2 utk di buat buah tangan dari sini.
Insyaallah nak balik bercuti di M'sia hujung bulan ni.
Barang2 utk sendiri pun beli jugak...
Ni lah antara barang2 yg kakak beli.
Gambar di souq tak sempat ambil pun.
Asyik sibuk membeli belah terlupa nak ambil gambar.

Ni senduk kayu dgn bekasnya sekali.
Tepi tu ada mangkuk kecil.
Beli jugak....sebab nampak comel sangat.
Dah mengantuk ni esok sambung lagi.
Tunggu...........
Anak2 dah pegi sekolah, husband dah pegi keje.
Baru boleh dok depan komputer ni, nak sambung cite semalam...lum abis lagi.

Piring ni dibuat dari batu.
Macam mana dorang buat kakak pun tak tau.
Nampak cantik beli je...

Ni tongkat pulak.
Nampak tak yg warna putih diantara kayu tu.
Katanye tulang unta... betul lah tu kot.
Kakak beli 8 batang. Nak bawak balik m'sia cuti ni, buah tangan... utk sedara mara nnt.

Rantai dan gelang ni di buat dari tulang unta.
Cantik tak.

Ni rantai kunci dari kulit.

Ni ape ye... gelang jugak lah kot, sbb bakai kat tangan.


Ha...kasut biru tu beli untuk anak dara kakak, yg coklat tu kakak punya.
Macam mana cantik tak..
Murah je...made in china.. beli je..sebab nampak cantik.

Kedai emas kat souq tu.
Tapi tak beli emas pun.. amek gambar kedai je...
Perhiasan emas dorang beso2...eee...tak sanggup nak pakai.
Cuaca panas giler sekarang ni.
Panas2 pun nak pegi shoping jugak.
Ha...ape dah jadi....van yg kami naik tu buat hal.
Tak boleh start pulak...
Mintak tolong orang2 kat situ tolakkan van.

Ni lah jejaka2 yang baik hati menolong kami hari tu.

Balik sampai rumah penat sangat.
Nasib baik dah mintak tolong sorang student m'sia kat sini temankan anak2 kat rumah.
Dia dah masakkan lunch utk anak2. Syukran..


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net