Want your
own Fotopage?












 

Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-May-2008 17:44 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 
 


Kek ni kakak belajar dari cooking class Petronita.
Selalu juga kakak buat kek ni sbb anak2 suka.
Terima kasih pada Rossa yg mengajar kami.

Ni gambar kek yg belum di masak.


Ni kek yg dah di masak.
Tengoklah merekah pulak kat tengah tu.


Bila dah sejuk kakak curahkan aje sos coklat.
Malas kakak nak keluarkan dari bekasnye.


Lepas tu kakak taburkan hirisan badam yg telah di bakar.


Ni kek yg telah di potong.


Kek yg telah di potong dan siap utk di makan.


Resepi
Kek Coklat Fudge

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonat
secubit garam
sedikit vanilin (kakak guna vanila).
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 tsp coklat mocca paste (kakak tak guna)
1 1/4 cawan air panas

Cara
1. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.
(Oleh kerana kakak guna vanila, vanila dimasukkan ke dalam bahan cecair.
2. Pukul gula, telur,susu,minyak dan mocca paste.(kakak guna blender)
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk dlm loyang.
6. Bakar dlm oven 180'C selama 45-50 minit.

Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

Jasmeen dah beri kakak tugas utk pass misi ini.
Jadi kakak pass misi ni kepada:
1. zaiy
2 .srsfeqah
3. masriyah

sedapnyaaaaa kek coklat tu...meleleh2 coklatttt... Thu 8-May-2008 00:26
Posted by:Wa  - [Link]
aduh kak anum.. menggoda betul kek coklat akak ni... lama sy tak bakar kek.. rasa teringin pulak nk mkn kek.. (badan sy dah kembang... takleh mkn yg lemak2 sgt skrg ni ) Thu 8-May-2008 03:23
Posted by:MaDiHa  - [Link]
wah kek coklat tuh..nmpk moist & sedap jer kakanum...potong ala2 brownies gtu..sedapnyerrrr... Thu 8-May-2008 04:33
Posted by:jasmeen  - [Link]
kak anum..ada misi khas utk kakanum..ambik kt umah i yerr Thu 8-May-2008 05:03
Posted by:jasmeen  - [Link]
mula tgok tadi, ingatke brownies..mmg nmpak moist kek akak tu, lembut jer tekstur dia.
nak tnya, vanilin tu ape?
kak anum, nk sepotong..nak rasa
Thu 8-May-2008 05:45
Posted by:zaiy  - [Link]
wah sedapnya ada kek coklat kat rumah nii...kalau kat rumah kita satu loyang tuu sekali hadap jee licin..
psst: nanti pakai baju lit lat dan berkasut tumit tinggi dtng ambil hadiah kat mah kita ok..
Thu 8-May-2008 08:34
Posted by:masriyah  - [Link]
tak bolih makan banyak2..gomok.. Thu 8-May-2008 10:08
Posted by:elnour
HMM..I LIKEE...BROWNIES & CHOCOLATE CAKE...BESTTNYER..NAK CIKETTT.... Thu 8-May-2008 13:06
Posted by:AZUE  - [Link]
salam...

lihat gambar terbaru di fotopages/galeri kami.

memerlukan jurugambar..sila lawati kami di http://exquisimages.fotopages.com atau www.exquisimages.com
Thu 8-May-2008 15:11
Posted by:exquisimages exquisimages@gmail.com  - [Link]
aslkm kak anum..camne nak dapatkan resepi Alex Goh?
ada buku dia ke?
ke wabsite dia ke?..
camne senang je recipe dia..
tq..
Thu 8-May-2008 15:14
Posted by:ain ain_2u@hotmail.com
Hi kak, cana nak buat sos coklat nya tu? Wed 20-Aug-2008 06:24
Posted by:Rozie mmd@jpmc.com.bn


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.