Want your
own Fotopage?












 

Image Hosted by FileHive.com
By: alfahanum md yunus

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Sep-2008 04:30 Email | Share | Bookmark

pergedel belum dimasak
pergedel siap di goreng
mee udang singapura


Assalamualaikum
Semalam memandangkan kentang2 kakak yg dah nak hampir tumbuh (takut tumbuh pokok kentang pulak kat dapur baru akak ni) terpaksalah memasaknye dgn segera. Jadi kakak buat lah pergedel ni.



Ni pergedel yg dah siap tapi belum di goreng lagi. Nasib baik teringat nak ambil gambar.



Ni pulak dah siap di goreng dan sedia utk di makan tapi kene tunggu waktu berbuka puasa.

Resepinya......dari arwah emak (emak masak dulu2 mana ada resepi) dan dari pengalaman kakak yg dah buat beberapa kali.

Pergedel Daging

Bahan:
250g daging kisar (nak lebih/kurang pun boleh)
10 biji kentang (saiz sederhana di potong kecil)
1 biji bawang besar (di dadu)
2 ulas bawang putih (cicang halus)
sedikit halia (cincang halus)
sedikit daun sup}
daun bawang} (cicang halus)
lada hitam}
bunga cengkih}
bunga lawang}
kulit kayu manis} (kisar halus)
garam
telur (salut pergedel utk di goreng)

Cara:
1. Goreng kentang hingga empuk, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dlm kuali.
3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
4. Masuk daging kisar, kacau hingga hampir masak.
5. Tambah rempah2 yg di kisar.
6. Masukkan kentang yg telah di goreng tadi, daun sup, daun bawang dan garam,gaul rata.
7. Angkat dan lenyek.
8. Bentukkan pergedel ikut suka, gaulkan dgn telur dan goreng.



Ha...mee udang singapura ni,
Semalam singgah ke fp zaiy, ternampak la mee ni. Tengok2 bahan yg digunakan semuanya ada. So...kakak pun salin resepi dan mencubanya. Ok lah rasa mee ni, anak2 pun suka. T kasih zaiy.
Kakak mintak izin nak tulis resepinya dlm fp akak ye. Mana lah tau kalau kawan2 kakak yg lain teringin nak mencuba, boleh kan.

Oleh kerana zaiy bagitau resepi asal dari en mat gebu, terima kasih en mat gebu. Kakak tuliskan resepinya ya, boleh kita kongsi bersama kawan2 yg lain.

Mee Udang Singapura

Bahan:
500g mee kuning (kakak guna spaghetti)
2 keping tahu
3 biji telur rebus
limau
taugeh (celur - kakak ganti dgn kobis yg di celur)
salad (hiris halus - tak bubuh)
hirisan cili merah/hijau
bawang goreng

Kuah:
Bahan Kisar:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2cm halia
2 tbsp udang kering (rendam dan tos)
2 tbsp taucu (cuci dan tos)
Bahan2 lain:
250g udang (buang kulit)
2 tbsp rempah kari ikan (campur sedikit air)
1 btg serai (dititik)
1" lengkuas (diketuk sedikit - kurangkan)
3 biji kentang (rebus dan lenyek)
1 tbsp tepung gandum (campur sedikit air)
1 biji tomato (potong kecil)

Cara:
1. Rebus kulit udang utk mendapatkan stok.
2. Panaskan sedikit minyak, gorengkan udang dan ketepikan.
3. Dgn minyak yg sama tumis bahan kisar, tambah serai dan lengkuas.
4. Masukkan rempah kari.
5. Tambah stok udang (tambah air jika inginkan kuah yg banyak)
6. Tambah kentang yg di lenyek dan tomato.
7. Tambah tepung gandum yg di campur air dan kacau utk meghasilkan kuah yg lebih pekat.
8. Akhir sekali masukkan udang yg telah di goreng tadi.
9. Siap utk di hidang.

*Untuk menghasilkan spaghetti yg ala2 mee kuning masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit kedalam air rebusan dan rebus hingga lembut (almaklum lah kat sini tak ada mee kuning)

alahai nom..sedap la pulak tengok ko punye begedel ngan mi tu....tp mmg ko tak masukkan bawang goreng ke dlm begedel ko.kakzimah pun kononnye amek dari arwah mak...sume same cume tambah bawang goreng.TAPI dah lame tak buat. Thu 18-Sep-2008 06:42
Posted by:kakzimah
mane resipi mi udang singapura ni.....boleh la nak buat klu cukup bahan. Thu 18-Sep-2008 06:45
Posted by:kakzimah
mee tu mmg sedap kan kak, tapi resepi tu bukan sy punya, en. mat gebu yg punya. mee akak tu lagi meriah ngan bahan2, sy punya tu kekurangan bahan. wahh..pergedil, mmg feberet, makanan pembuka selera ni, makan gitu pun sodap!!
napelah fp arini sewel, tak kuar verification code kat bawah tu, kena bukak berkali2 baru ada..huhu
Thu 18-Sep-2008 07:24
Posted by:zaiy  - [Link]
Assalamualaikum Akak..
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa..
Raya ni balik Msia tak kak? Sedap2 menu/juadah berbuka yg akak masak nie.. Sedap2 belaka kak.. tgk gambar pun dah tahu sedap ke tak... Masuk rumah baru ye kak? Penat berkemas ye?

http://ruziawatibukhari.blogspot.com
Thu 18-Sep-2008 23:20
Posted by:big mamma bukhari aka t itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
salam kak anom.. patutlah lama tak update.. sibuk ye kak... apapun alhamdulilah dah selamat kembali semula ke sudan.. pindah rumah baru lagi.. raya ni meriahlah ye ada rumah baru.. errr.. akak tak blk beraya di m'sia ker?
lama sy tak buat pergedil tu... mmg feberet juga tu.. kalau mkn pergedil dgn mee udang tu mesti sedap ye akak hehe.. memandai jer sy ni..
apapun.. slmt berpuasa utk akak sekeluarga di sana... & salam aidilfitri maaf zahir & batin dari sy sekeluarga buat akak & family..
Fri 19-Sep-2008 00:57
Posted by:MaDiHa  - [Link]
WAHH AKAK NAMPAK SEDAP2 MEE SINGAPURA TUHH MMG MERUNTUN JIWA NENGOKNYER....
HAAA...AKAK DOK SUDAN YERK....DAH LAMER KER KAK....THANKS SEBAB SUDI JENGOK FP AZUE...
Fri 19-Sep-2008 01:16
Posted by:AZUE  - [Link]
ada bergedil gak kat cni...adushhhh...aku terguda...
teman dah lama tau ngidam mee udang ni...tp nak buat..kalo takat teman sorg yg makan, mmg x berbaloi la...kene carik kat Pak Li kopitiam ni..
>>kakanum, kalo x nak kelopah biskut dahlia tu jatuh, adunan bio keras sket (tambah tepung)..test 2-3 biji than bakar..tp bleh terkehel ler jari menekan semperit tu
Fri 19-Sep-2008 02:27
Posted by:jasmeen  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.