assalamualaikum...
jangan jemu ye... kakak asyik tunjuk roti jer...
memang selalu kene buat roti nih sebab kat sini tak banyak kedai jual roti yg macam ni...
selera kita orang msia mane nak sama dgn orang sini...
dok sini lah baru tau buat roti... kalau kat msia boleh beli je...
roti kacang merah
cara 1. sediakan doh ban manis asas (resepi seperti di bawah)
2. bahagikan doh kepada 50g sebahagian bentukkan menjadi bebola dan biar selama 10 minit
3. canaikan doh
4. potong jaluran di sebelah bahagian tapi tidak sampai terus putus ketepi
5. sapukan inti (resepi seperti di bawah)
6. gulung dari bahagian yg tidak di potong terus ke bahagian yg di potong
7. letak diatas dulang pembakar dan biar menaik selama 45 minit
8. sapu telur dan bakar pada suhu 190'C selama 12 - 15 minit
inti kacang merah
bahan 150g kacang merah (kakak guna kacang merah dalam tin)
800ml air
150g gula
40g mentega
cara 1. rebus kacang merah hingga lembut (kakak kisar utk menghancurkannya)
2. tambah gula masak hingga pekat
3. tambah mentega dan terus masak hingga pekat
roti kelapa
cara 1. sediakan doh ban manis asas (resepi seperti di bawah)
2. bahagikan doh kepada 50g sebahagian bentukkan menjadi bebola dan biar selama 10 minit
3. isikan inti ke dalam doh dan balutkan
4. canaikan menjadi rata
5. lipat menjadi 1/4 bulatan
6. potong setengah pembukaan di bahagian tengah doh
7. tarik permukaan dengan cermat bentukkan V dan menghala keatas supaya inti dapat di lihat
8. letak diatas dulang pembakar dan biar menaik selama 45 minit
9. sapu telur dan bakar pada suhu 190'C selama 12 - 15 minit
cara 1. putar mentega dan gula hingga lembut dan gebu
2. tambah telur dan putar hingga tidak berbintil
3. campur kelapa parut dan gaul hingga sebati
4. bentuk menjadi bebola lebih kurang 25g setiap satu
roti sosej
cara 1. sediakan doh ban manis asas (resepi seperti di bawah)
2. bahagikan doh kepada 50g sebahagian bentukkan menjadi bebola dan biar selama 10 minit
3. canaikan doh bubuh sosej di tengah dan lipat kedua-dua bahagian doh
(kakak guna 1/2 sosej setiap roti)
4. potong di bahagian yg bersosej sahaja menjadi seperti bentuk sikat
5. pusingkan bahagian pertama ke sebelah kanan dan bahagian kedua ke sebelah kiri sambil meratakannya
6. teruskan sampai ke bahagian akhir
7. letak di atas dulang pembakar dan biar menaik selama 45 minit
8. sapu telur bubuh sedikit sayur campuran di atas permukaan (kakak tak bubuh)
9. paipkan mayonis dan sos tomato (kakak paipkan sos cili je)
10.bakar pada suhu 190'c selama 15 minit
doh ban manis asas
bahan A
480g tepung roti } (kakak guna 600g tepung gandum biasa utk menggantikan kedua2 jenis tepung ni)
120g tepung gandum }
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega
cara 1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya
* kakak gunakan satu adunan doh asas je untuk membuat 3 jenis roti ni... dapat 8 ketul setiap jenis roti...
banyak jugak kan utk kami 4 beranak
amboi(3x)... kak anum ni dh ngalahkan bakery ni, mcm2 roti ader.habis ke tu makan 4 org? kalau tak abis tu ulor2la kat sini 3-4 ketoi, tingin nak rasa roti org sudan..
Sat 7-Feb-2009 12:58 Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my - [Link]
Masa kecik2 dulu selalu makan roti inti kelapa yang dijual oleh benggali roti. Time tu benggali roti keliling kampung dengan basikal sahaja belum ada motosikal. Mungkin sebab itu roti pun dipanggil roti benggali
Sat 7-Feb-2009 22:20 Posted by:Pemancing Ikan - [Link]
salam perkenalan..wah kak,bes tgk bun akak tu..sy mmg teringin nak buat..
tp takut tak jadi.
Sun 8-Feb-2009 09:26 Posted by:ida isk merpati66@gmail.com - [Link]
berderet2 roti K.Anum ...macam kat bakery pula..elok pulak rotinya.... bila buat sendiri roti boleh letak apa2 inti yg kita suka...makan yg baru keluar oven tu yg sedap..lembut..
kak anum.. sy mmg minat sgt dgn roti2 ni.. tak pernah jemu tengok org buat roti.. malah rasa begitu teruja nak mencuba.. sy dah telaah cara2 buat roti kelapa tu betul2.. rasa2nya dah dah faham jer.. hehe.. nnt kalo rajin bolehlah sy try buat.. mekasih yer kak resepinya sy cilok dulu...(buat tak tau ler bila.. tgk mood dulu.. skrg ni asyik rasa nak rehat jer.. selalu sakit2 pinggang.. )
Salam Kak Hanum - I nak tanya skit tentang Riyadh. Or maybe you have friend staying there now..
Further, can i have your email address? need to aks a few thing.. walasam. tq so much
Assalamualaikum kak anum..
sedapnya roti2 nie!! yummy!!
akak apa kabar? lama fp x berupdate ni.. mesti bz ye??
Sat 25-Jul-2009 05:20 Posted by:big momma ruziawatibukhari@yahoo.com - [Link]
Ingin jadi pengedar atau pembeli kuih raya 2009?Terdapat 30 jenis kuih utk dipilih.. http://lovely-bites.blogspot.com sebarang tempahan/pertanyaan sila hubungi liana-0192793588 atau emailkan ke nurfikriyah@gmail.com .Sila tempah secepat mungkin..tarikh tutup tempahan minggu pertama puasa!!