assalamualaikum...
jangan jemu ye... kakak asyik tunjuk roti jer...
memang selalu kene buat roti nih sebab kat sini tak banyak kedai jual roti yg macam ni...
selera kita orang msia mane nak sama dgn orang sini...
dok sini lah baru tau buat roti... kalau kat msia boleh beli je...
roti kacang merah
cara
1. sediakan doh ban manis asas (resepi seperti di bawah)
2. bahagikan doh kepada 50g sebahagian bentukkan menjadi bebola dan biar selama 10 minit
3. canaikan doh
4. potong jaluran di sebelah bahagian tapi tidak sampai terus putus ketepi
5. sapukan inti (resepi seperti di bawah)
6. gulung dari bahagian yg tidak di potong terus ke bahagian yg di potong
7. letak diatas dulang pembakar dan biar menaik selama 45 minit
8. sapu telur dan bakar pada suhu 190'C selama 12 - 15 minit
inti kacang merah
bahan
150g kacang merah (kakak guna kacang merah dalam tin)
800ml air
150g gula
40g mentega
cara
1. rebus kacang merah hingga lembut (kakak kisar utk menghancurkannya)
2. tambah gula masak hingga pekat
3. tambah mentega dan terus masak hingga pekat
roti kelapa
cara
1. sediakan doh ban manis asas (resepi seperti di bawah)
2. bahagikan doh kepada 50g sebahagian bentukkan menjadi bebola dan biar selama 10 minit
3. isikan inti ke dalam doh dan balutkan
4. canaikan menjadi rata
5. lipat menjadi 1/4 bulatan
6. potong setengah pembukaan di bahagian tengah doh
7. tarik permukaan dengan cermat bentukkan V dan menghala keatas supaya inti dapat di lihat
8. letak diatas dulang pembakar dan biar menaik selama 45 minit
9. sapu telur dan bakar pada suhu 190'C selama 12 - 15 minit
inti kelapa
bahan
60g mentega
150g gula
1 biji telur
150g kelapa parut kering
cara
1. putar mentega dan gula hingga lembut dan gebu
2. tambah telur dan putar hingga tidak berbintil
3. campur kelapa parut dan gaul hingga sebati
4. bentuk menjadi bebola lebih kurang 25g setiap satu
roti sosej
cara
1. sediakan doh ban manis asas (resepi seperti di bawah)
2. bahagikan doh kepada 50g sebahagian bentukkan menjadi bebola dan biar selama 10 minit
3. canaikan doh bubuh sosej di tengah dan lipat kedua-dua bahagian doh
(kakak guna 1/2 sosej setiap roti)
4. potong di bahagian yg bersosej sahaja menjadi seperti bentuk sikat
5. pusingkan bahagian pertama ke sebelah kanan dan bahagian kedua ke sebelah kiri sambil meratakannya
6. teruskan sampai ke bahagian akhir
7. letak di atas dulang pembakar dan biar menaik selama 45 minit
8. sapu telur bubuh sedikit sayur campuran di atas permukaan (kakak tak bubuh)
9. paipkan mayonis dan sos tomato (kakak paipkan sos cili je)
10.bakar pada suhu 190'c selama 15 minit
doh ban manis asas
bahan
A
480g tepung roti         } (kakak guna 600g tepung gandum biasa utk menggantikan kedua2 jenis tepung ni)
120g tepung gandum  }
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega
cara
1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya
* kakak gunakan satu adunan doh asas je untuk membuat 3 jenis roti ni... dapat 8 ketul setiap jenis roti...
banyak jugak kan utk kami 4 beranak
20 jan 2009 - 22 jan 2009 anak kakak mengikuti year 7 ode (outdoor education) trip sekolahnye kics (khartoum international community school) ke satu kawasan yg berhampiran dgn piramid
ini lah antara gambar yg dapat di ambilnye semasa di sana
besama rakan2 year 7
perjalanan
kawasan perkemahan
bersama kawan2
matahari terbit
sekitar kawasan perkemahan
dengan gaya sendiri
dgn kawan dan cikgu
unta
piramid
kawasan piramid dari jauh
matahari hampir tenggelam
assalamualaikum...
hari ni kakak masak ringkas jer... nak cepat...
8.30 pagi pegi join taici... kesihatan kene jaga jugak...  :-D
10.00 pagi pegi souq beli sayur dan buah2
sebelum pegi taici kakak dah masak nasi dan daging masak lemak cili api tu...
takut tak sempat masak... sebab husband balik makan tengahari... :->
balik dari souq baru masak kacang buncis goreng dan ikan bilis goreng pulak...
kira ok lah tu kan...
daging masak lemak cili api
bahan
daging lembu (batang pinang- lembut dan cepat masak) - potong kecil
kentang
kunyit hidup
cili api
serai - di ketuk sedikit
lengkuas - di ketuk sedikit
daun kunyit
asam keping
santan
minyak
garam
cara
tumbuk kunyit hidup garam dan cili api
panaskan sedikit minyak tumis bahan2 tumbuk serai lengkuas dan daun kunyit
masukkan daging dan gaul rata
tambah santan dan asam keping
biar hingga daging masak
tambah kentang biar sampai kentang empuk
kacang buncis goreng
bahan
kacang buncis
bawang putih - di cincang
lada merah - di cincang
udang kering
minyak
cara
tumis bawang putih cili merah dan udang kering
masukkan kacang buncis
kacau hingga masak
goreng ikan bilis
bahan
ikan bilis
kacang tanah
bawang besar - di hiris
cili merah/cili api
minyak
cara
goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
goreng kacang tanah hingga garing dan ketepikan
tumis bawang besar dan cili merah
masukkan ikan bilis dan kacang tanah yg telah di goreng tadi gaul rata
assalamualaikum...
hari khamis yg lepas pengerusi petronita di sudan menganjurkan perjumpaan di rumahnye...
tengoklah makanan2 yg kami bawa... banyak kan... macam2 ada... :-D
ini lah gambar2 yg sempat kakak ambil hari tu...
assalamualaikum
1 januari 2009 yg lepas kami 9 keluarga pergi berkelah di tepi sungai nil
nama tempat tu kalaklah... angin kat situ sejuk... mungkin sebab musim sejuk sekarang ni
biasa lah berkelah... macam2 makanan ada... masing2 bawak makanan yg berlainan
kat sana kami bakar ayam.. udang.. karuf (kambing)... sampai penat lah makan... :-D
seronok...
kakak pernah beli patties ni di sebuah bakery kat sini... sedap
rasa teringin pulak nak buat sendiri
belek2 buku aneka pastri alex goh ternampak resepi cheesy patties ni
kakak pun mencuba... ini lah hasilnye
tapi rasenye kakak terlebih bakar... tengoklah... dah nak gelap warna intinye tu... :-D
cheesy patties
cheesy patties
bahan pastri
250g tepung gandum
150g mentega
secubit garam
60-80g air
bahan inti
A
150g bawang di hiris halus
3 tbsp minyak
B
2 batang daun bawang di potong
C
150g susu
150g krim whipping
D
100g parutan keju cheddar
E
3 biji telur
F
garam secukup rasa
lada secukup rasa
sedikit serbuk kulit kayu manis - kakak tak bubuh
cara
1. dadukan mentega dan gaul dgn tepung hingga menjadi seperti serbuk roti
2. tambah air dan adun menjadi doh - bentuk menjadi bebola dan leperkan
- balut dgn pembalut plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
3.canaikan pastri di antara 2 helai pembalut plastik menjadi 3mm tebal
4. potong dan lapikkan ke dalam acuan tat yg telah digris
5. panaskan minyak di A tumis bawang hingga perang dan lembut - ketepikan dan biar sejuk
6. bubuh sedikit A dan tabur sedikit B di atas pastri
7. masak C sehingga panas dan masukkan D dan kacau hingga sebati
8. tambah E yg telah di pukul dan di ikuti dgn F - kacau hingga sebati
9. isikan tat dgn adunan tersebut
10. bakar pada suhu 200'C selama 25 minit atau sehingga kekuningan
kakak belajar buat cakoi ni di cooking class petronita kat sini
di ajar oleh puan hazila hassan... terima kasih zila... :flowers:
bahan dan cara buat cakoi ni mudah je...
pagi2 pun kakak sempat buat untuk sarapan dan bekal anak ke sekolah
tambah pulak ada kuah kari semalam untuk di makan dgn cakoi ni...
tak payah kakak buat sosnye... :-D
cakoi
cakoi
bahan
500g tepung gandum
1 tbsp yis
1 1/2 tbsp gula
3 tbsp minyak jagung
1 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
2-3 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 cawan air suam
cara
1. campur kesemua bahan dan gaul rata - biar mengembang selama 1/2 jam
2. panaskan minyak utk menggoreng
3. keluarkan adunan - uli dan canaikan setebal lebih kurang 1cm
(adunan ni memang agak lembek - taburkan tepung semasa menguli dan mencanai)
4. potong selebar 2 1/2 cm x 10cm dan potong tak putus di tengahnye
5. angkat dan tarik sedikit sebelum memasukkannye kedalam minyak panas
6. goreng hingga kekuningan
sos
bahan
6 tbsp cili kisar
9 tbsp gula
6 tbsp cuka
1 1/2 cawan air
2-3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 tsp garam
cara
1. campur semua bahan dan masak hingga mendidih
beberapa hari lepas kakak masak sambal tahu dgn udang dan kucai
udangnye tak nampak kan... menyorok agaknye :-D
sambal tahu dgn udang dan kucai
assalamualaikum
masih cerita pasal bercuti.... 2 hari terakhir
hari ke 8 masih di syria
hari ke 9 kami bertolak dari syria ke jordan dan terus balik ke sudan
pagi hari ke 8 di syria kami melawat makam sahabat2 dan keluarga nabi
kemudian ke makam habil (anak nabi adam)
lepas tu melihat permandangan damascus dari atas bukit
petang tu kami ke souq lagi tapi kali ni pegi makan aiskrim istimewa katanye di sana
aiskrim ni di buat dgn cara tradisional
boleh tahan juga rasanye
hari ke 9 kami bertolak balik ke jordan dan singgah di bosra
di bosra terdapat sejarah peninggalan zaman rome
rome theater
sampai di jordan kami terus ke airport dan bertolak balik ke sudan pada malam tu juga
kacang buncis goreng dgn cendawan dan udang
apam mekar - jasmeen
kakak selalu masak ayam masak lemak cili api ni...anak2 suka makan...
ada kat entry yang lepas2
musim sejuk ni adalah kacang buncis kat sini... kalau dah masuk musim panas nanti
sebiji kacang buncis pun tak nampak...
kakak goreng je dengan cendawan dan udang
apam mekar ni pulak kakak ikut resepi jasmeen... tapi tak mekar lah meen... nape ye?
roti pintal kismis
ban mentega kelapa
roti pintal kismis
bahan
A
250g tepung roti - kakak guna tepung gandum biasa
2 1/2 tbsp gula
1/2 tsp garam
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk kulit kayu manis
2 tsp yis segera
B
1 biji telur
100ml air sejuk
C
25g mentega
D
120g kismis
cara
1.  cuci dan keringkan kismis
2. adun A hingga sebati campur B dan uli hingga menjadi doh
3. tambah C dan terus menguli doh menjadi lembut dan kenyal
4. tambah D dan gaul hingga sempurna biar ia naik selama 60 minit atau berganda saiznya
* untuk cara 2-4  kakak guna bread maker
5. bahagikan doh menjadi 100g sebahagian bentuk menjadi bebola dan biar selama10 minit
(dapat 6 bahagian)
6. gulung doh menjadi panjang dan tirus 30cm panjang
pintal 3 gulungan seperti bentuk tocang
7. biar menaik selama 45 minit atau berganda saiznya
8. sapu dgn telur dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit
ban mentega kelapa
bahan
ban manis asas
A
480g tepung roti
120g tepung gandum
* kakak guna 600g tepung gandum biasa
110g gula
10 g garam
20g susu tepung
4 tsp yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega
inti
60g mentega
150g gula
1 biji telur
150g kelapa parut kering
cara
1. sediakan inti~putar mentega dan gula hingga lembut dan gebu
tambah telur dan putar hingga tidak berbintil
2. bentuk adunan menjadi bebola setiap satu 30g dan ketepikan
campur kelapa parut dan gauk hingga sebati
* cara menbuat doh sama seperti membuat roti pintal diatas
3. bahagikan doh kepada 60g sebahagian bentuk menjadi bebola dan biar selama10 minit
4. ratakan dgn cermat dan balutkan inti kelapa
5. canaikan doh menjadi bulat bersaiz 14cm dan lipat dua kali menjadi 1/4 bulatan
6. potong pembukaan di tengah2 doh bulat yg sudah di ratakan
buka bahagian pembukaan yg telah di potong membentuk V supaya boleh melihat inti
7. biar menaik selama 45 minit atau berganda saiznya
8. sapu dgn telur dan bakar pada suhu 190'C selama 12-15 minit
hari ke 5 percutian kami dan hari pertama di syria
melawat tempat2 bersejarah sekitar damascus
antaranya umayyad mosque
membeli belah di souq
dah penat membeli belah pergi makan pulak
hari ke 6 kami bertolak ke lebanon
kami tak bermalam di sana
kami meghabiskan masa sehari ni di lebanon
perjalanan ke sempadan lebanon
pemandangan beirut dari atas bukit sebelum sampai ke sana dan
laut mediterranean
jeita grotto (a wonder of nature in lebanon)
gua yg penuh dengan berbagai bentuk 'stalactites dan stalagmites' yg menakjubkan
tapi sayang... tak boleh amek gambar...  :-(
dlm perjalanan balik ke syria sempat amek gambar batu tengah laut tu tak ingat namanya
yg senyum gembira tu balik dari shoping kat kedai duty free di sempadan lebanon syria  :-D
hari ke 7 percutian jalan2 lagi di souq yg tak jauh dari hotel kami
sempat melawat al azem palace
biasa lah... dah jalan2 mesti lapar... pergi makan...
nama makanan kakak tak tau dorang yg pesan
kakak makan jer... :-D
cukup lah dulu ye sambung di entry yg lain pulak nanti
masakan kakak beberapa hari yg lepas... tak sempat nak edit...
ikan kerapu masam manis & taugeh goreng dgn udang
bahan dan cara masak semua org tau kan...
taugeh tu kakak buat sendiri (kat sini tak ada jual taugeh)
singgang daging & terung sambal udang kering
singgang daging
bahan
daging
bawang merah(hiris)
bawang putih(hiris)
halia(hiris)
kunyit hidup(hiris/tumbuk)
serai(titik)
daun kunyit
cili api
garam
asam keping-
air
cara
masuk semua dlm periuk dan masak hingga daging empuk
terung sambal udang kering
bahan
terung(potong kecil dan goreng hingga kekuningan)
cili kering(kisar)
bawang merah(kisar)
udang kering
garam
cara
panaskan sedikit minyak gorengkan udang kering
tambah cili dan bawang tumis hingga wangi
masukkan terung yg telah di goreng dan gaul rata
pizza
buat sarapan utk anak2
utk buat pizza ni kakak guna resepi doh asas roti je...
ratakan dan sapu pes tomato
pas tu tabur je ape2 yg kite suka kat atas nye
last sekali taburkan cheese dan bakar
nasi mandy ke mendi ke... tah kakak pun tau nak sebut :-D
kebab & shawerma
gambar ni kakak ambil semasa makan di restoren syrian food di sini
yg ada ayam kat atas tu nasi mandy
yg ada kentang goreng dan jeruk timun tu kebab ayam
yg berbungkus panjang tu shawerma ayam